Soalan-Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)

Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya oleh para pelanggan kami.

FAQ Pra-Jualan


1. Saya tak pernah beli baju kurung online. Kepada siapa saya hendak bertanya?
Terdapat dua kaedah paling mudah untuk mengajukan soalan. Pertama, hubungi kami di talian 019-3944787. Kedua, Whatsapp kami ke nombor yang sama. Bantuan pantas akan diberi.

2. Apa perbezaan antara baju kurung Cotton Mira Alwani dengan kurung lain?
Baju kurung Cotton Mira Alwani menggunakan material Cotton gred AAA 100% asli. Ia tidak jarang dan sederhana tebal. Sifat kain Cotton kami lebih serap peluh dan selesa dipakai. Anda boleh baca maklum balas pelanggan tentang kualiti produk kami disini.

3. Bagaimana cara beli baju kurung ini?
Pada setiap gambar terdapat butang 'Beli Sekarang' dibahagian bawah. Klik pada butang tersebut untuk baca panduan pembelian mudah.

4. Bagaimana untuk ketahui ukuran sebenar badan saya?
Ukuran sebenar badan boleh dilakukan secara personal menggunakan tali tape. Atau berkunjung ke kedai jahit. Saiz ukuran baju kami boleh didapati pada setiap gambar. Klik pada tulisan 'klik sini' sebelah kolum saiz.

5. Adakah warna dalam gambar sama dengan warna baju kurung sebenar?
Hampir boleh dikatakan 98% sama. Mungkin ada sedikit perbezaan disebabkan faktor pencahayaan atau editing.

6. Bagaimana cara untuk saya tahu status stok tersebut samada ada atau habis?
Pada setiap gambar terdapat status stok samada bertulis 'ADA' atau 'TIDAK'. Sebaiknya sebelum lakukan pembayaran, boleh Whatsapp kami untuk semakan stok terlebih dahulu.

7. Saya mahu beli. Apa yang perlu saya lakukan?
Pertama, Whatsapp kami ke nombor 019-3944787. Perkenalkan diri sebagai pembeli dan beri kod baju. Contoh,
"Salam sis. Saya Amira nak beli baju kurung Cotton kod BK-1608. Ada lagi stok tak sis?"
Pihak kami akan buat semakan pantas dan balas pertanyaan stok secepat yang mungkin.

8. Jika stok ada, apa yang perlu dilakukan?
Stok yang sah tersedia biasanya tidak bertahan lama. Ia cepat habis. Anda perlu hantar detail nama penuh, alamat pos, nombor telefon dan kod baju kurung Cotton yang dihajati sebelum pihak kami memberikan nombor akaun bank untuk pembayaran.

9. Jenis pembayaran apa yang diterima?
Kami hanya terima pembayaran melalui Internet Banking; Maybank2u dan Cimbclick serta pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM). Untuk Cash On Delivery (COD), ia boleh dirunding samada melalui panggilan telefon atau Whatsapp. 

10. Bolehkah saya booking dengan bayar deposit dahulu?
Kami tidak terima pembayaran deposit. Untuk tempahan, pembayaran penuh perlu dilakukan.

11. Adakah wujud kos tersembunyi?
Sememangnya tidak wujud kos tersembunyi. Segala kos dipaparkan dengan jelas di dalam blog kami. Apabila kos pos dinyatakan percuma
, ia sememangnya percuma. Anda hanya perlu membayar jumlah yang dipaparkan sahaja.

12. Adakah saya diberi jaminan pulangan wang?
Untuk konsep perniagaan kami sebenarnya hampir-hampir tiada polisi pemulangan barang. Kecuali ia ternyata berlaku disebabkan kesilapan dari pihak kami. Sebagai contoh, tersalah saiz atau corak, terkoyak atau rosak. Dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan parcel, pihak anda perlu memaklumkan secepat yang mungkin kepada kami. Jika kesilapan pemilihan saiz dan warna berlaku dari pihak anda, pemulangan atau penukaran tidak dibenarkan sama sekali.

13. Bolehkah saya buat tempahan dari luar negara?
Ya, boleh. Pihak kami akan bantu berikan nilai kos penghantaran ke negara yang anda kehendaki. Ia tidak termasuk kos produk.

14. Bagaimanakah kaedah pembayaran untuk tempahan dari luar negara?
Setakat ini kami mengesyorkan pembayaran melalui Western Union bagi pembeli dan pemborong dari luar negara.

15. Apa jenis perkhidmatan pos yang digunakan?
Kami menggunakan khidmat Poslaju Malaysia bagi semua jenis penghantaran domestik dan luar negara.

16. Berapa lama tempoh penghantaran?
Di dalam kawasan Semenanjung Malaysia, biasanya ia ambil masa 1-2 hari waktu bekerja. Manakala Sabah dan Sarawak ambil masa 4-5 hari waktu bekerja. Jika kawasan anda berada di kawasan pedalaman kampung, tempoh barang sampai mungkin sedikit lewat. Kawasan yang berlaku bencana alam juga mengalami nasib sama. Tempahan yang dibuat pada musim raya juga biasanya akan tiba lewat ke tangan pelanggan (masalah logistik pejabat pos).

17. Bagaimana cara untuk menjejaki barang tempahan saya?
Selepas item tempahan anda berjaya dipos, kami akan segera memberikan tracking number. Anda boleh jejaknya di website Pos Malaysia. Klik sini.

18. Apa yang perlu saya buat jika barang tidak sampai?
Anda boleh Whatsapp atau hubungi kami di talian 019-3944787 untuk aduan. Kami akan bantu anda secepat mungkin. Atau hubungi pejabat pos yang berkenaan.


FAQ Beli Borong

1. Bolehkah saya membeli baju kurung Cotton secara pukal?
Ya, boleh. Whatsapp atau hubungi kami ditalian 019-3944787 untuk rundingan harga.

2. Bagaimana cara tempahan borong?
Kaedah borong sama sahaja seperti kaedah pembelian runcit yang dinyatakan diatas.

3. Adakah pembelian borong hanya tertakluk kepada baju kurung Cotton sahaja?

Tidak. Kami bukan sahaja menawarkan pembelian borong untuk baju kurung moden dan Pahang. Bahkan jika anda berminat untuk borong baju Melayu, baju kurung kanak-kanak dan jubah dress Cotton juga boleh. Whatsapp kami (019-3944787) untuk maklumat lanjut.

4. Berapakah pembelian minimum borong yang ditetapkan?

Minimum borong adalah 10 pasang. Kelebihan yang kami beri adalah pemborong boleh memilih atau mencampurkan corak serta saiz yang diingini.

5. Bagaimana dengan kos pos bagi pembelian borong?
Jika alamat pos adalah Semenanjung Malaysia, kos pos adalah percuma. Sekiranya alamat pos adalah Sabah dan Sarawak, maka bagi setiap 10 pasang perlu tambahan caj pos RM50.

6. Bolehkah saya buat tempahan borong dari luar negara?
Ya, boleh. Pihak kami akan bantu berikan nilai kos penghantaran ke negara yang anda kehendaki. Ia tidak termasuk kos produk.

7. Bagaimanakah kaedah pembayaran untuk tempahan dari luar negara?
Setakat ini kami mengesyorkan pembayaran melalui Western Union bagi pembeli atau pemborong dari luar negara.